Selamat datang ke blog yang tidak seberapa..... Rajin-rajinkan lah tangan klik button follow tuh.... :))

DISEDIAKAN OLEH MOHD FARID BIN MOHD YUSOFF

Monday, August 2, 2010

my life @ UniMAP in 2nd year....


haha... posing nunjuk baju biopro yg baru... kat pokok dpan automart plak tuh !

yang ni plak aku nk paksa si alep isap rokok ! ahaha... gedik bnor xmo isap...

menjaga booth agrotech @ mini MAHA 2010 peringkat ngeri perlis kat Kangar !
ni lah pandangan depan booth kami....

jaket style2 staff ! w0ooho nak !
eleleh... muka saket aty x dpt PCBfootprint.....


tensen aku lpas klas orCAD ! huarghh


sapa la yg snap pix aku nih... ahaa ! mira upenye....


rezo bajet kolling awek...

bertapa kat dpan Dragon ! wahaha....


alahai..... posing kat bas yg agak season !


landing jap kat kerusi dlm bas... nk tdo benarnya !

haha... yg nih pix kat kampung... saja ja post....


kat bilik akak aku... bilik dye bilik aku, bilik aku, bilik aku r ! haha...
tp lagi cun blik aku r sbb ad akuarium w0oo... ahaks...


Ni lah antara aktiviti bulan ptama aku di Unimap... xde apa... sibuk hadirkan diri ke kuliah n jaga booth agrotech kat mini MAHA..... tp sabtu nih nk p konsert @ festival konvo ke-5 n jalan2 1perlis+Kedah... nantikan la gambar2 seterusnya... ahaha



I`m Back....

Assalamualaikum...

kepada kawan2 kampg, kolej n U serta kawan2 blogger... maaf la lama x update.... bkn apa....
umpama kata2 hikmah yg aku bru baca.... seseorang yg dapat sesuatu yg baru lazimnya akan lupakan yg lama... walhal yg lama itu lebih tinggi nilainya dr yg baru....

tu lah... kdg2 kita dpt kwn baru, kwn lama kita tinggalkan... dpt isteri baru, isteri lama kita biarkan... aha... juz joking !

bkn apa... aku pon xde apa nk update ketandusan idea... tambahan plak kat kolej kediaman aku nih kadang2 xley post... tuh yg aku mcm malas nk update....

tp sbb ramai tegor ckp blog nih mcm blog puaka sebab ditinggal lama dh, tuh yg aku update smula... post nih aku tujukan wat : AMNA n MIYOI... wahaha... sokmo dok suruh aku update....

Wednesday, March 17, 2010

Maklum Balas: “Ijazah UniMAP Tidak Diiktiraf”

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada artikel bertajuk “Ijazah UniMAP Tidak Diiktiraf” oleh Abang Prihatin, Bangi, Selangor yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 6 Ogos 2009.


Pengiktirafan sesuatu kelayakan bagi bidang-bidang profesional seperti kejuruteraan, perubatan, pergigian, farmasi dan sebagainya adalah bergantung pada akreditasi oleh lembaga/badan profesional yang mengawal pengamalannya. Bagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan adalah di bawah seliaan Majlis Akreditasi Kejuruteraan, Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM). Sebanyak lapan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) belum mendapat akreditasi EAC-BEM. Oleh itu, kelayakan ijazah kursus-kursus berkenaan belum dapat diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Namun, atas dasar keprihatinan, Kerajaan pada 13 Disember 2007 telah memutuskan untuk mengiktiraf kelayakan berkenaan setaraf Ijazah Sarjana Muda Kepujian secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Keputusan Kerajaan ini dibuat bagi melayakkan graduan berkenaan memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam bagi jawatan yang tidak mensyaratkan calon memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Unit Komunikasi KorporatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia21 Ogos 2009


nampak tak kat sini betapa sengalnya editor KOSMO! tanpa menyelidik dan menyiasat surat khabar lain serta arkib berita... main terjah je....

Monday, March 15, 2010

UniMAP trying da best !

ish, ni aku nk mengkomen juga.... td aku baru je bace post kawan aku, then tak semena-mena barulah aku teringat kat keratan akhbar kosmo... ni link membe aku tuh.. "pabila jari berkata" kalau korang nk tengok sendiri keratan kosmo tu, ni dia...



kosmo ni bengong, tak reti nak selidik dulu, cakap maen bantai je... klu nk tau, UniMAP ni lain siket dari universiti lain kat malaysia ni... sebagai salah sebuah Universiti Kejuruteraan secara keseluruhannya, UniMAP akan diadili oleh 2 panel bagi mendapat pengiktirafan yang mana Uiversiti lain hanya dinilai oleh satu panel.... panel yg disebutkan adalah Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)... Kadangkala Jabatan Pertahanan Awam (JPA) turut terlibat dlm penilaian... buat pengetahuan umum, kos yang diiktiraf adalah Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan Mikroelektronik. sebenarnya, kos2 lain juga telah dipohon akreditasinya oleh UniMAP sejak beberapa tahun yg lalu. Disebabkan kerenah birokrasi, pensijilan ini telah lambat diperoleh. Prosedur permohonan adalah seoerti berikut.




itulah aku nk ckp yg betapa ssah nk dpt akreditasi... sbb kitorg kna pohon dr 2 agensi....
kosmo plak kuar statement bodo tanpa penjelasan... nntikanlah amukan dr NC ktorg....

Friday, February 5, 2010

Jom Kira Kelajuan !

134 perkataan

Speedtest



tgok... laju x laju !

Wednesday, February 3, 2010

A.B.C + cendol.... Sedap~

haha... nih plak pos aku pasal makanan... nih aku nk kabo sikit... korg igt x lpas aku blik dr sg batu phat mlawat stable kat sane???

pastuh aku ajak wak minum, asal2 xmo... bila aku paksa2 bru dye nk... huhu... so ktorg berenti r kat warong kat simpang 3 nk g kola perlis... dye kate nk try cendol kat situh....


ni mase dh tinggal separoh.. aku telupa r nk snap... sedap sgt.. yg abc plak, dh abes aku telan... kah3



aku on je... bila akak tuh dtg je, aku order abc... wak plak order cendol... aku bkn nk kate ape r... abc sdap, cendol pon sedap... kira x rugi r... harga pon.. alahai... RM1.50 tok abc n RM1.20tok cendol... mrah x murah... pas abes je aku melantak abc, aku order lah cendol... sbb aku tgok dlm cendol wak ad 'ceri'... huhu... lpas tuh ape lagi, kitorg ngan prot yg kekenyangan tros blah n blik KK.... tu je tok kli ni...

Tuesday, February 2, 2010

Pusat Ekuin Perlis

ni plak post spesel aku ari nih....
klu korg nk tau, hari nih aku smpat la skodeng2 pusat ekuin perlis... bley plak masok... n bekas trainer kat situ bgtau yg fee dye,, free... punye la gumbira... ingat nk riding2 jap... upenye dye suspend sekejap r... bukan ape... x cukop menpower katenye... entri nih aku post bkn ape... aku juz minat menatang seko nih dr kecik lagi... nih ade la skit pic2 yg aku snap td... n x-trainer tuh kate dlm 2-3bulan lagi, bley start rider dh sbb dorg bru nk setup manpower... n katenye lagi,,, klu UniMAP ad padang besar sikit,, bleh r dye bwak kuda2 tuh dtg... tp, mana kat sini ad padang... hak2... so, kempunan lagi skali r aku...


hak2... segagah kuda, org itu...



wak kate kuda tuh gay sbb hidu kuda jantan... huhu... nmpak x kat blakang tuh ad bnyak lgi kuda... yg tuh sume kuda2 comel a.k.a pony...




bley plak dye nk gigit aku... sepak kang....



usap2... besh !



sabo2... aku x g memane k!




nape berpaling???



wak, nape ko kat luar??? xdenye dye nk ciom ko...



tau plak dye posing.... aku pndg situh, situ gak yg dye tgok...


tuh je r... ad gak kuda yg segak... tp swasta punye... x brani r nk snap... nnt kna mrah naye.... lagipon owner dye mcm sumbong je...

Saturday, January 30, 2010

Perbicaraan kes liwat Anwar, pihak pendakwaan bersedia untuk Selasa ini

KUALA LUMPUR: Selasa ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan, manakala pihak pendakwaan pula bersiap sedia untuk memulakan perbicaraan kes itu pada hari yang sama.

Sama ada perbicaraan yang sudah beberapa kali tertangguh dan ditunggu-tunggu itu akhirnya akan bermula, bergantung kepada keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang terlebih dahulu akan mendengar permohonan Anwar bagi penangguhan.

Dalam permohonannya yang difailkan hanya lima hari lalu sebelum penetapan tarikh perbicaraan itu, Anwar berkata, kes itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya.


Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan itu.

Pada 1 Dis tahun lalu, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan sebulan dari 25 Jan bagi perbicaraan.

Namun, perbicaraan itu ditangguhkan ke 2 Februari oleh Mahkamah Persekutuan sementara menunggu keputusan sama ada membenarkan permohonan Anwar bagi pihak pendakwaan membekalkan dokumen kepadanya bagi membuat persediaan pembelaannya.

Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu menolak permohonan Anwar.

Berikutan itu, Selasa ini tumpuan beralih semula ke Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta apabila Hakim Mohamad Zabidin mendengar permohonan Anwar untuk menangguhkan prosiding.

Sebelum ini, Hakim Mohamad Zabidin, menetapkan 1 Julai hingga 24 Julai, 2009 untuk perbicaraan tetapi ditangguhkan selepas beberapa permohonan dikemukakan oleh Anwar yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan itu pada 7 Ogos 2008.

Ia susulan laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya yang berumur 23 tahun, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang kini berusia 63 tahun dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ia adalah kali kedua Anwar menghadapi pertuduhan liwat.

Pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan dan mengenepikan hukuman penjara itu.

Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat Azizan antara Januari dan Mac 1993 di apartmen Sukma di sini.

Kali ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, ketika dihubungi, berkata pasukannya telah membuat persediaan rapi tanpa mengira sama ada perbicaraan itu diteruskan atau ditangguhkan.

Beliau akan dibantu lima Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin dan Shamsul Sulaiman.

Anwar juga telah menghimpunkan sekumpulan 13 peguam untuk membelanya.

Mereka ialah peguam bela utama Raja Aziz Addruse, Datuk Param Cumaraswamy, Karpal Singh, Datuk C V. Prabakharan, S N Nair, Wan Anuar Shadat, R Sivarasa, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin. - Bernama


DIPETIK DARI BERITA HARIAN 31 JAN 2010

Friday, January 29, 2010

Aduka Taruna si Hina


huh,,, mulai hari ni, aku try r xmo update blog psal diri aku je... tp aku nk start sentuh isu2 semasa,,, biar suma tau, biar semua sedar apa yang berlaku kat Malaysia... baru2 ni ad la plak kisah si mamat poyo dok menghina almarhum sultan johor; sultan Iskandar... bukan kemain lagi aku bace blog dye... dalam blog dye ad plak si penyokong2 sumbang yang mana dok sokong pendapat buta alam dye... macam2 aku bace dalam komen penyokong dye,,, antaranya, melayu bleh hidop tanpa sultan mcm negeri melaka, sabah sarawak n penang...

kat sini aku nk kate r, yg dorang nih bodo sebodo-bodo manusia yang buta sejarah... entah2 kena antar pegi BTN ponteng,,, tuh sebab buta sejarah n xtau ape impak dgn ketiadaan sultan... dalam perlembagaan negara tuh seterang2 nye dok sebot yg raja, sultan n YDP adalah ketua agama n lambang bagi negeri Yang di-Pertuan Agong plak lambang atau tonggak kepada negara... korang bayangkan kalu tiada sultan, siapa lagi yg nk membela nasib n hak2 org melayu yang mana korang sendiri pon tau melayu nih terlalu mundur n tanpa sultan or raja, mcm mana la korang nak survive....

ko tengok kat penang, dgn tiadanya sultan, sape yang pegang tampuk pemerintahan??? kat sabah n sarawak,, dorg ada sebenarnya raja juz dipanggil dgn gelaran yang dipertuan besar... same je konsep ngan mak n ayah,,, aku pon ad ayah, juz aku panggil abah...

memang bagus si Aduka Taruna (AT) tuh kna tangkap... memang ckp xguna otak... main bedal je... kalu aku, lpas tgkap trus block je blog dye... org nk bsuare pon agak2 ar... bkn sembarangan menda boleh disuarakan... orang kata, ckp malam dengar2, ckp siang pandang2.... klu korg nk tgok blog yg kemudiannya disambung oleh kengkawan dye yg same xde otak, meh klik>>> aduka taruna .....

Happy Bufday Tima !!!

ni update special tok tima... ye r... bkn mudah aku nk update blog psal bufday... aku nye bufday pon aku tak update.. huhu... tp disebabkan dye blanja dak2 kelas kitorg mkn,,, so aku dengan ini,,, mengucapkan bebanyak2 tima kasih... haha... btw, kat w.ulu,,, mana lagi ad tempat mkn... c.ros je r... klu nk wat kat kngar plak,,, xkan dorg nk book bas kowt... nih ad la sikit2 pic kitorg.... nih je pic yg aku ad sblom aku nye bateri kong... nnt aku akan update lagi bila dpt lbih bnyak pic...











Wednesday, January 27, 2010

properties of biomet


ni ak tgah kbosanan kt klas prop of biologcal material.. Smbl tuh ak check wreless cnnection kat school biopro gna nset ksayangan aku.. Haha.. pas2 ak ad snap pic alex dak yg dok sblah aku.. Haha..