Selamat datang ke blog yang tidak seberapa..... Rajin-rajinkan lah tangan klik button follow tuh.... :))

DISEDIAKAN OLEH MOHD FARID BIN MOHD YUSOFF

Wednesday, March 17, 2010

Maklum Balas: “Ijazah UniMAP Tidak Diiktiraf”

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada artikel bertajuk “Ijazah UniMAP Tidak Diiktiraf” oleh Abang Prihatin, Bangi, Selangor yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 6 Ogos 2009.


Pengiktirafan sesuatu kelayakan bagi bidang-bidang profesional seperti kejuruteraan, perubatan, pergigian, farmasi dan sebagainya adalah bergantung pada akreditasi oleh lembaga/badan profesional yang mengawal pengamalannya. Bagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan adalah di bawah seliaan Majlis Akreditasi Kejuruteraan, Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM). Sebanyak lapan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) belum mendapat akreditasi EAC-BEM. Oleh itu, kelayakan ijazah kursus-kursus berkenaan belum dapat diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Namun, atas dasar keprihatinan, Kerajaan pada 13 Disember 2007 telah memutuskan untuk mengiktiraf kelayakan berkenaan setaraf Ijazah Sarjana Muda Kepujian secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Keputusan Kerajaan ini dibuat bagi melayakkan graduan berkenaan memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam bagi jawatan yang tidak mensyaratkan calon memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Unit Komunikasi KorporatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia21 Ogos 2009


nampak tak kat sini betapa sengalnya editor KOSMO! tanpa menyelidik dan menyiasat surat khabar lain serta arkib berita... main terjah je....

0 comments: